Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kawasan Johan Setia, di Klang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 iaitu dalam kategori bahaya sejak pukul 2 petang.

Setakat pukul 5 petang tadi, IPU kawasan ini 208.

Manakala Sarikei yang merekodkan IPU bahaya dengan 202 pada pukul 12 tengah hari tadi turun kepada 196.

Kawasan dengan IPU tidak sihat iaitu melebihi 100 juga meningkat kepada 44 kawasan pada pukul 5 petang ini berbanding 38 jam 9 pagi tadi.

Di Kedah, kawasan dengan IPU tidak sihat ialah Langkawi 112, Alor Setar 105, Sungai Petani 118 dan Kulim Hi Tech 127.

Seberang Jaya, Seberang Perai, Minden dan Balik Pulau di Pulau Pinang masing-masing dengan IPU 116, 114, 158 dan 174.

Di Perak, Taiping mencatatkan IPU 129. Tasek Ipoh 182. Pagoh Ipoh 153, Seri Manjung 141 dan Tanjung Malim 103.

Batu Muda dan Cheras pula 143 dan 135 manakala Putrajaya 152.

IPU di Selangor pula menyaksikan peningkatan berbanding pagi tadi dengan Kuala Selangor 169.

Petaling Jaya 143, Shah Alam 152, Klang 141 dan Banting 126.

Nilai, Seremban dan Port Dickson dengan IPU 151, 135 dan 126.

Di Melaka, IPU Alor Gajah 112 dan Bukit Rambai 108.

Di negeri Johor, Segamat 126, Batu Pahat 102. Larkin 114, Pasir Gudang 118, Pengerang 111 dan Tangkak 102.

Rompin 120, Temerloh 134, Jerantut 135. Indera Mahkota Kuantan 154 dan Balok Baru Kuantan 140.

Di Terengganu, IPU Kemaman 152, Paka 130, Kuala Terengganu 144.

Di Sarawak, Miri 103, Sri Aman 196, Samarahan 120 dan Kuching 113. – MalaysiaGazette