Jabatan Alam Sekitar

KUALA LUMPUR – Sebanyak 38 kawasan masih menncatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 9 pagi tadi.

Dua daripadanya iaitu Johan Setia di Klang dan Sarikei, Sarawak masing-masing dengan IPU tertinggi iaitu 194 dan 188.

Di Kedah, kawasan dengan IPU tidak sihat ialah Sungai Petani (106) dan Kulim Hi-Tech (108).

Manakala di Pulau Pinang pula, Seberang Jaya mencatatkan bacaan 105, dan Minden 143 serta Balik Pulau 155.

Di Ipoh, Taiping merekdokan IPU 114, Tasek Ipoh (168), Pegoh Ipoh (148) dan Seri Manjung (136) serta Tanjung Malim (135).

Batu Muda dan Cheras di Kuala Lumpur masing-masing dengan IPU 171 dan 152.

IPU di Putrajaya 137.

Di Selangor pula Kuala Selangor 152, Petaling Jaya 147, Shah Alam 142, Klang 133
dan Banting 117.

Nilai, Seremban dan Port Dickosn di Negeri Sembilan pula mencatatkan IPU 139, 122 dan 118.

Di Melaka hanya stesen di Alor Gajah yang merekodkan IPU tidak sihat dengan bacaan 105.

Begitu juga di Johor, hanya Segamat dan Tangkak mencatatkan IPU 129 dan 106.

Di Pahang, Rompin merekodkan IPU 115, Temerloh 130, Jerantut 137, Indera Mahkota Kuantan 145 dan Balok Baru Kuantan 138.

Kemaman, Paka dan Kuala Terengganu di Teremggu masing-masing dengan bacaan IPU 145 dan 127.

ILP Miri 104, Miri 108, Samarahan 134, dan Kuching 137.

Sebahagian besar negara mengalami jerebu yang teruk sejak dua minggu lalu hingga beberapa kawasan merekodkan IPU bahaya.

Susulan itu, sekolah-sekolah terpaksa ditutup.

Jerebu yang melanda negara sejak bulan lalu susulan kebakaran ladang di Kalimantan dan Sumatera. – MalaysiaGazette