HONG KONG- Mereka adalah pemandu-pemandu teksi yang ‘berkhidmat di belakang tabir’ dengan melarikan pemprotes daripada polis semasa demonstrasi anti- kerajaan Hong Kong sejak tiga bulan lalu.
Malah ada di antara mereka yang membantu memulakan pergerakan protes anti-kerajaan kerana mereka sendiri tidak boleh berada di barisan hadapan.
Ada juga yang melakukannya kerana simpati terhadap pemprotes selepas melihat terlalu banyak keganasan yang dilakukan terhadap mereka seperti disiarkan di stesen-stesen televisyen.
Antaranya Kim, yang memperjudikan nyawanya untuk membawa seorang wartawan Jerman melakukan liputan di sekitar kawasan bahaya Gwangju dan membantu mendedahkan maklumat mengenai rancangan jahat aktivis pro-demokrasi.
Manakala Franco Cheung Ching-ho,32, berkata, beliau mula membantu sebaik sahaja protes di Hong Kong bermula pada Jun lalu.
Katanya, beliau memutuskan untuk menyertai pergerakan anti-kerajaan itu sebagai pemandu teksi di belakang tabir.
“Saya tidak boleh berada di barisan hadapan kerana saya tidak tahan dengan gas pemedih mata polis.
“Jadi, saya bantu dengan cara lain,” katanya.
Menurut Cheung, beliau sengaja memandu di kawasan demonstrasi dengan tidak meletakkan tanda “untuk disewa” kerana mahu menawarkan perkhidmatannya terhadap pemprotes.
Beliau turut membelikan bekalan seperti air botol, snek, topeng muka dan menghantar barangan tersebut ke lokasi pertemuan untuk pemprotes. – Agensi
















