Pesawat Pakistan International Airlines

ISLAMABAD – Pakistan International Airlines (PIA) didapati mengendalikan sehingga 46 penerbangan tanpa seorang penumpang dalam pesawat dari Lapangan Terbang Islamabad pada 2016 hingga 2017, menuruut laporan media.

Dalam satu laporan audit, menerusi salinan yang diperoleh Geo News, mendedahkan syarikat penerbangan kebangsaan Pakistan itu mengelami kerugian sebanyak 180 juta Rupee Pakistan berikutan operasi pesawat yang kosong itu.

Ia berkata, sebanyak 36 penerbangan tambahan haji dan umrah juga beroperaasi tanpa penumpang dan tiada siasatan dilakukan walaupun pihak pentadbiran dimaklumkan mengenai perkara itu.

Laporan audit itu berkata, isu tersebut diisytiharkan sebagai kecuaian dalam dokumen rasmi, lapor Gulf News.

Dalam usaha mengurangkan kos operasi, pada bulan lalu PIA memberhentikan perkhidmatan kira-kira 1,000 pekerjanya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast