Pesawat 737 Max. foto Agensi

JAKARTA – Penyiasat Indonesia mendapati wujud kesilapan dalam reka bentuk dan pengawasan yang menyebabkan punca nahas pesawat milik Boeing 737 MAX hingga mengorbankan 189 orang penumpang Lion Air.

Kesimpulan draf itu dijangka menjadi dapatan pertama kerajaan berhubung kelemahan dalam reka bentuk dan pengawalseliaan Amerika Syarikat (AS), juga mengenal pasti rentetan kesilapan juruterbang hingga menjadi punca kepada tragedi itu, lapor Wall Street Journal.

Operasi pesawat Boeing 737 MAX telah digantung selepas dua kemalangan maut dalam tempoh lima bulan.

Boeing tidak mengulas mengenai kenyataan tersebut tetapi menyatakan untuk terus memberi sokongan terhadap siasatan pihak berkuasa bagi melengkapkan laporan.

Penyiasat kemalangan udara AS sudah bersedia mengumumkan beberapa cadangan keselamatan secara berasingan – daripada mengukuhkan kemahiran terbang untuk meningkatkan operasi Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) bagi reka bentuk pesawat baru, tambah akhbar itu.

Pada akhir bulan lalu, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara AS (NTSB) menyatakan akan memperbaiki latihan kokpit dan pembuat keputusan anak kapal serta memberi tumpuan kepada potensi perubahan bagi pesawat baharu, kata WSJ.

NTSB enggan mengulas mengenai laporan WSJ tetapi berkata, ia merancang untuk mengeluarkan cadangan mengenai program pensijilan FAA pada bulan September.

FAA menyambut baik penelitian itu daripada pakar keselamatan dan menantikan penemuan mereka, katanya dalam satu kenyataan.

“Kami terus bekerjasama dengan pengawal keselamatan keselamatan antarabangsa yang lain dan akan mempertimbangkan semua cadangan dengan berhati-hati,” katanya.

Tambahnya, FAA akan bekerjasama dengan sebarang perubahan yang akan meningkatkan aktiviti pensijilannya. – MalaysiaGazette