Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi hari ini tampil sebagai saksi kesembilan kes tersebut selepas mahkamah selesai mendengar keterangan Datuk Amhari Efendi Nazaruddin.

Amhari merupakan bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak yang berhadapan 25 pertuduhan membabitkan penyelewengan RM2.8 billon dana 1MDB.

Shahrol merupakan CEO 1MDB yang pertama mula membaca penyataan saksinya setebal 270 muka surat diselangi beberapa soalan oleh Timbalan Pendakwa, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah.

Laporan lanjut menyusul. – MalaysiaGazette