TERKINI : Pemantauan 24jam “Jangan Ragui Bacaan IPU” – Timbalan Perdana Menteri

SERDANG – Kerajaan menasihati orang ramai yang berdepan fenomena jerebu agar tidak keliru dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbanding suasana sebenar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ini kerana penggunaan PM2.5 dalam pengiraan IPU adalah selaras dengan piawaian antarabangsa.

“Kita mengambil maklum terdapat banyak persoalan daripada orang awam berkaitan proses bacaan IPU.

“Bacaan IPU yang disalurkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) adalah merupakan bacaan IPU rasmi negara.