Seorang lelaki menunggan basikal berlatarkan belakang pemandangan yang jerebu semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Bharu, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 22 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara semakin baik dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menyaksikan penurunan pada jam 8 pagi ini.

Meskipun begitu, sebanyak 24 kawasan masih dalam kualiti udara tidak sihat,

Hanya Johan Setia, Klang di Selangor merekodkan IPU tinggi iaitu 172 manakala 23 kawasan lain di bawah 150.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Di Perak, kawasan yang merekodkan IPU tidak sihat ialah Tasek Ipoh (127), Pegoh Ipoh (107) dan Seri Manjung (130).

Batu Muda dan Cheras masing-masing mencatatkan IPU 106 dan 102.

Manakala Putrajaya 131.

Di Selangor pula, Kuala Selangor 102, Petaling Jaya 103, Shah Alam 108, Klang 120 dan Banting 130.

Nilai, Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan masing-masing 146 dan 115.

Bukit Rambai, Melaka 104 dan Segamat, Johor 119.

Di Pahang, IPU Rompin 105, Temerloh 142, Indera Mahkota 103 dan Balok Baru Kuantan 108.

Bacaan IPU di Kemaman 123 dan Kuala Terengganu 104 dan Tanah Merah, Kelantan 110.

Kebanyakan kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU di Sarawak semuanya sederhana. – MalaysiaGazette