TERKINI : “Kerajaan Boleh Pajak 60 Tahun” Kenapa Nak Beli Tanah-Tanah Rizab Melayu?

KUALA LUMPUR – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menyifatkan tindakan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menawarkan RM850 satu kaki persegi tanah Kampung Baru bertentangan dengan manifesto pilihan raya lalu.

Setiausaha Agungnya, Amir Hamzah menegaskan, penawaran pembelian tanah Kampung Baru bukan sahaja di bawah nilai semasa bahkan ia akan menyebabkan orang Melayu kehilangan tanah rizab yang diwarisi berpuluh tahun lalu.