Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR – Peguam Negara didakwa menggunakan kuasa dan pangkat untuk mempengaruhi keputusan penghakiman dalam inkues kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Tindakan Tan Sri Tommy Thomas itu secara tidak langsung mencemarkan sistem perundangan negara, kata Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad.

“Hakim Mahkamah Koroner Shah Alam juga mendapati Tommy telah bertindak menghina mahkamah apabila membuat satu kenyataan yang berunsur ‘scandalous’.

“Ini jelas tindakan Tommy merupakan satu tindakan yang telah mencemarkan nama baik sistem perundangan negara apabila kenyataan sedemikian telah dikeluarkan oleh seorang yang bergelar Peguam Negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam, kertas penghakiman oleh Hakim Koroner, Rofiah Mohamad memutuskan secara prima facie bahawa Tommy telah menghina mahkamah dan menyalahi prinsip perundangan inkues. – MalaysiaGazette