Sebanyak 23 kawasan di Semenanjung dilaporkan berada pada paras berjaga-jaga atau Tahap 1 dengan suhu mencecah antara 35 dan 37 darjah Celcius hari ini berbanding 21 kawasan semalam.

KUALA LUMPUR – Kualiti udara negara terus menunjukkan perkembangan baik pagi ini dengan hampir keseluruhan kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bawah 100 atau sederhana.

Berdasarkan bacaan IPU terkini di portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat jam 8 pagi ini, sebanyak 67 kawasan mencatat kualiti udara sederhana, termasuklah Sri Aman, Sarawak yang pernah merekodkan bacaan IPU melebihi 400 iaitu berbahaya pada Jumaat lepas.

Johan Setia Klang, Selangor yang tidak menunjukkan perubahan kualiti udara sejak semalam, menjadi satu-satunya kawasan dengan IPU tidak sihat pada paras 153 pagi ini, manakala Putrajaya; Klang, Selangor serta Tasek Ipoh dan Seri Manjung, Perak kini mencatat IPU sederhana berbanding tidak sihat, malam tadi​​​​​​.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini, meramalkan keadaan jerebu yang melanda negara sejak dua minggu lepas akan beransur pulih susulan fasa Monsun Peralihan yang bermula pada 24 September.

Dalam pada itu, sejumlah pelajar Malaysia di Pekanbaru dan Jambi,Indonesia dijadualkan dievakuasi keluar dari wilayah itu hari ini, ekoran pengumuman darurat di Riau akibat jerebu.

Menurut kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) semalam, seramai 160 pelajar akan dibawa pulang ke Malaysia pagi ini, manakala 120 akan dievakuasi ke Malaysia Hall di Jakarta, Indonesia, pada 6 petang ini. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.