KUALA LUMPUR – AmBank Research mengunjurkan inflasi setahun penuh antara 0.8 peratus dan 0.9 peratus pada 2019 dengan tekanan inflasi dijangka kekal terkawal sepanjang baki tahun ini.

Dalam nota penyelidikan hari ini, ia berkata, paras semasa aktiviti ekonomi masih tidak mencukupi untuk merangsang inflasi, dengan purata teras inflasi pada 0.5 peratus tahun ke tahun untuk lapan bulan pertama dan inflasi teras untuk tempoh yang sama pada 1.0 peratus.

“Kami menjangkakan penurunan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) pada November, memberi cabaran untuk pertumbuhan di dalam negara dan juga luaran,” kata AmBank Research.

Kadar inflasi Ogos susut 1.5 peratus tahun ke tahun seperti dijangka, manakala inflasi teras kekal tidak berubah pada 2.0 peratus untuk lima bulan berturut-turut, katanya.

Walaupun inflasi didorong oleh makanan dan minuman bukan alkohol, peningkatan inflasi dihadkan oleh kejatuhan harga pengangkutan disebabkan kejatuhan harga bahan api. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast