Universiti Canterbury

CHRISTCHURCH – Mayat seorang penuntut Universiti Canterbury di sini ditemui selepas lebih dua bulan kematiannya.

Mayat pelajar lelaki itu ditemui selepas pelajar lain terhidu bau dari biliknya.

Identiti mangsa tidak dinamakan disebabkan kematiannya sudah lama, kata polis.

Punca kematian pelajar berkenaan juga belum dipastikan.

Naib Canselornya, Cheryl de la Rey dalam satu kenyataan menyifatkan insiden kematian pelajar tahun pertama sebagai sesuatu yang “dahsyat” .

Kejadian itu sedang diteliti oleh seorang koroner.

Menteri Pelajaran New Zealand Chris Hipkins mahu universiti itu menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kejadian tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast