TERKINI : “Zuraida Bersyukur” Keputusan Inkues Memihak kepada Allahyarham Muhammad Adib

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mendakwa kementerian telah menggunakan segala saluran untuk mendapatkan keadilan bagi pihak Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Beliau berkata, selepas Koroner Ropiah Mohamad membaca keputusan dan rumusannya, pihaknya bersyukur dan berpuas hati dengan perjalanan inkues yang bermula sejak Januari lalu.
“Kita telah mendengar ulansan Koroner dan juga rumusannya. Saya bagi pihak KPKT dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengucapkan syukur kerana kes Muhammad Adib telah dapat keputusan.