Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Seramai 220,000 penerima akan membuat rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan menerima bantuan masing-masing pada 30 September ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan menyediakan dana sebanyak RM120 juta bagi tujuan tersebut.

Bagi rayuan fasa 1, isi rumah berpendapatan bawah RM2,000 menerima RM700, RM2,001 hingga RM3,000 (RM450) dan RM3,001 hingga RM4,000 (200).

Bagi rayuan BSH 2019 bagi bukan penerima bayaran pula menerima RM1,000 bagi isi rumah di bawah RM2,000, RM750 (RM2,001-RM3,000) dan RM500 (RM3,001-RM4,000).

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing menggunakan maklumat akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan BSH 2019.

Menurutnya, sejumlah RM4.2 bilion telah disalurkan bagi keseluruhan fasa bayaran BSH 2019 (termasuk rayuan) kepada hampir 3.9 juta isi rumah yang diluluskan.

Ia turut mengambil kira bayaran kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak tanggungan terhad kepada
maksima 4 orang anak yang melibatkan hampir 3.6 juta anak penerima BSH. – MalaysiaGazette