Mohd Khairul Adib Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Datuk Mohd Khairul Adib Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia yang baharu berkuatkuasa 1 Oktober ini.

Beliau menggantikan Tan Sri Borhan Dolah yang bersara pada 9 September lalu.

Mohd Khairul telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun sejak menyertai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 12 Januari 1988.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ismail Bakar berkata, Mohd Khairul berpengalaman luas dalam pengurusan dan perkhidmatan awam.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Pengangkutan; Setiausaha Bahagian di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Beliau juga pernah bertugas sebagai Penasihat Pendidikan dan Latihan di Tokyo, Jepun dan London.

Ismail berkata, kerajaan juga merakam penghargaan dan terima kasih kepada Borhan atas khidmat bakti beliau sepanjang memegang jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia. – MalaysiaGazette