Ahmad Faizal Azumu Minister of Youth and Sports Pandalela Rinong national coach sexual harassment dirty jokes rape jokes lewd
Ahmad Faizal Azumu

IPOH – Tiada sebarang projek Loji Penapisan Minyak akan dibangunkan di Segari, Lumut, seperti yang tular di laman Facebook, demikian tegas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata, setakat ini kerajaan negeri tidak pernah memberikan sebarang kelulusan terhadap projek sedemikian hingga mengundang kegusaran penduduk setempat.

“Memang ada syarikat yang datang berikan cadangan untuk mengadakan industri loji penapisan minyak itu dan mereka kena buat penilaian alam sekitar, itu kita tidak halang.

“Bila cadangan itu sampai kepada kerajaan negeri, kita akan perhalusi dan setakat sekarang tiada kelulusan (projek) itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan AgroFest Perak 2019 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini.

AgroFest Perak 2019 berlangsung selama dua hari mulai hari ini dengan mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan antaranya pertanian, perikanan dan agrotourism.

Ahmad Faizal mengulas mengenai gesaan Pertubuhan Bukan Kerajaan dan penduduk Manjung di laman Facebook, supaya kerajaan negeri membatalkan projek itu yang dikhuatiri bukan sahaja bakal menjejaskan alam sekitar dan sumber pendapatan nelayan, malah mengakibatkan penyu tidak lagi mendarat di Segari.

Menjelas lanjut, Ahmad Faizal berkata beliau sama sekali tidak akan membenarkan sebarang projek yang merosakkan alam sekitar.

“Saya pun suka tengok penyu, saya akan jadi (orang) yang pertama ‘block’ kalau ada yang nak rosakkan.

“Rakyat di Segari atau Perak jangan cepat melompat tanpa maklumat,” kata Menteri Besar itu. – MalaysiaGazette