TERKINI : DBKL Tunggakan Sewaan PPR Cecah RM58Juta – Khalid Samad

KUALA LUMPUR – Kadar tunggakan sewa yang gagal dijelaskan oleh penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini terkumpul sebanyak RM58 juta sehingga kini.

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata, jumlah tunggakan itu melibatkan sebanyak 16,000 penyewa.

Beliau berkata, tindakan penamatan hanya akan dikenakan sekiranya penyewa masih ingkar dan degil menjelaskan tunggakan sewa berkenaan.

“Kementerian melakukan pelbagai program untuk penghuni bagi membantu mereka menambah pendapatan sekali gus menaik taraf hidup.