TERKINI : HALAL!!! “Ada ke Fun Run Haram?” – Dr Mujahid Yusof

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menyanggah dakwaan wujudnya larian haram apabila beliau memperkenalkan Larian Halal sempena Karnival Rahmah 2019 Peringkat Kebangsaan.

Sebaliknya beliau menegaskan, Larian Halal bersama penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza hanya mahu mempromosikan sijil halal yang dikeluarkan pihaknya menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).