TERKINI : Parti GERAKAN Sokong Pengiktirafan UEC di Sabah – Dominic Lau

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Sabah diingatkan tidak membuat pengumuman yang sia-sia dengan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan sektor perkhidmatan awam negeri itu.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau berkata, sepatutnya jaminan perlu diberikan terlebih dahulu agar pemegang sijil UEC boleh diserap terus dalam sektor awam dan bukannya dalam syarikat milik kerajaan (GLC) semata-mata.

“Jangan buat pengumuman itu sebagai sia-sia saja, seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang.