Khalid Abdul Samad
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad hadir pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 13 SEPTEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi membebaskan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad daripada dakwaan di bawah Akta Hasutan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Bin Mohd Ghazali mengumumkan keputusan itu selepas pihak pendakwa menarik balik rayuan mereka.

Khalid sebelum ini telah didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya berkaitan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Pada 7 Jun 2018, Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan Khalid daripada pertuduhan selepas mendapati
pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Pihak pendakwaan yang dikendalikan Puan Nur Ashikin Mokhtar kemudian membuat rayuan yang disebut hari ini.

Untuk rekod sebelum ini, Khalid didakwa mengeluarkan kenyataan itu di kawasan lobi Parlimen, pada jam 11.30 pagi, 17 Jun 2014.-MalaysiaGazette