SERDANG – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini berkata akan menilai semula pemberian kontrak bekalan benih padi kepada pembekal sekiranya masalah benih padi kepada pesawah sering berlaku. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Mohd. Sallehuddin Hassan, penilaian semula itu bagi memastikan pembekal benih padi berkemampuan sepenuhnya untuk membekalkan padi di masa akan datang.