Aaron Wan-Bissaka

LONDON – Pemain baharu Manchester United, Aaron Wan-Bissaka menjadi tonggak pasukan itu dalam usaha merebut slot kesebelasan utama bagi The Red Devils.

Harapan itu diberikan Juan Mata apabila mahu pemain berusia 31 tahun dari Sepanyol itu mengangkat pasukannya dengan menganggap Bissaka kini sebagai ayam tambatan.

Dengan kelebihan yang ada pada Bissaka, Mata yakin pemain itu mampu mempamerkan kualiti permainan yang cukup luar biasa.

“Wan-Bissaka sememangnya pembelian terbaik kelab, beliau mempamerkan kualitinya apabila melaksanakan setiap tugasan dengan sempurna.

“Saya belum pernah melihat pemain luar biasa seperti Wan-Bissaka. Bahkan semasa sesi latihan apabila anda fikir sudah melepasinya tapi percaya atau tidak, dia begitu mudah merampas bola semula daripada anda,” katanya lapor sebuah laman portal.

Wan-Bissaka berpindah dari Crystal Palace ke Manchester United dengan bayaran 50 juta pound (RM256.4 juta) pada Jun lalu sering mendapat kepercayaan Ole Gunnar Solskjaer dalam membarisi kesebelasan utama Red Devils.

Pada masa sama Mata juga menyifatkan kehadiran Daniel James dan Harry Maguire membawa impak positif dalam mengalas cabaran kelab musim ini. – MalaysiaGazette