KUALA LUMPUR – TH Plantations Berhad telah memecat Ketua Pegawai Kewangannya, Mohamed Azman Shah Ishak berkuasa semalam.

TH Plantation dimilik oleh Lembaga Tabung Haji dengan penguasaan 73.84 peratus kepentingannya.

Dalam notis kepada Bursa Malaysia, TH Plantations berkata, tindakan itu dilakukan selepas penilaian terhadap surat tunjuk sebab yang dikemukakan oleh Mohamed Azman.

“Selepas perbincangan yang sewajarnya, syarikat telah memutuskan untuk memecat CF. Satu surat kuatkuasa telah dihantar ke CFO hari ini,” katanya dalam notis tersebut.

Mohamed Azman dilantik sebagai CFO TH Plantations pada Januari 2010.

Susulan tindakan itu, dua individu, Marliyana Omar Penolong Pengurus Besar Kewangan dan Hamidah Hassan, Pengurus Kanan Kewangan akan mengambil alih tugas dan tanggungjawab CCFO. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast