KUALA LUMPUR –Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof memberi tempoh tujuh hari kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki untuk memohon maaf secara terbuka kepada Tabung Haji (TH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, Dr. Asyraf Wajdi perlu menarik balik kenyataan berunsur fitnah itu terhadap TH, yang telah mengeluarkan kenyataan balas menafikan tuduhan berkenaan.

“Saya bagi tempoh seminggu dari hari ini, jika tidak saya akan memikirkan tindakan undang-undang, sebab beliau sudah melampau membuat tuduhan.

“Saya mahu dia minta maaf secara terbuka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Pendakwa Syarie seluruh Malaysia kali pertama 2019 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Dr. Asyraf Wajdi dalam kenyataannya semalam mendesak Dr. Mujahid membuat penjelasan berhubung penjualan aset strategik TH bernilai RM2.6 bilion.

1 Komen

Comments are closed.