TERKINI : “Rintihan Rider FoodPanda” Skim Potongan Gaji Sehingga 50% – Syed Saddiq

Pihak pengurusan Foodpanda digesa mengkaji semula pelaksanaan skim pembayaran gaji yang berkuatkuasa 30 September lepas kerana pelaksanaannya akan mengurangkan pendapatan penghantarnya.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, syarikat pengendali penghantar makanan itu perlu segera menyelesaikan perkara itu kerana kemelut tersebut mengganggu sistem ekonomi Gig yang baru bertapak di negara ini.