TERKINI : “Umur 50 Tahun Masih Bodoh Pun Ada” Wakil Calon 18 Tahun Tidak Sesuai – Tan Sri Ab Rashid

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman berkata parti politik seharusnya tidak meletakkan calon berusia 18 tahun untuk dipertaruhkan dalam mana-mana pilihan raya.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman mengendalikan SPR sebelum ini, beliau merasakan wakil rakyat berusia 18 tahun adalah tidak sesuai.

“Pendapat peribadi saya, kalau letak calon 18 tahun dan rakyat pula pilih, saya rasa ada yang tidak kena. Saya pernah uruskan PRU banyak kali, saya tengok bagaimana calon itu bawa diri.
“Bagi saya, kalau tanya umur berapa patut jadi calon, sekurang-kurangnya 35 tahun ke atas. Kalau usia sebegitu, saya rasa bolehlah jadi wakkil rakyat. Kalau kurang daripada itu, saya rasa kurang sesuai,” katanya kepada media selepas hadir menghadiri Sesi Libat Urus Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) Bersama Parti Politik, hari ini.