Anggota polis mengawal di hadapan ibu pejabat polis di Paris. foto Agensi

PARIS – Seorang lelaki bersenjata pisau membunuh empat pegawai polis di ibu pejabat polis di sini.

Media melaporkan, penyerang yang tidak didedahkan namanya merupakan salah seorang anggota polis.

Suspek kemudian ditembak sehingga mati.

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan tetapi kawasan di île de la Cité – di tengah-tengah Paris sedang dikepung.

Tetapi Datuk Bandar, Anne Hidalgo mengesahkan di Twitter bahawa “beberapa orang” telah terbunuh dalam serangan itu, yang berlaku berhampiran tempat pelancongan utama termasuk katedral Notre-Dame.

Seorang lagi juga dilaporkan cedera.

Menurut kesatuan pegawai polis, penyerang itu bekerja di bahagian pentadbiran di ibu pejabat polis.

Serangan itu berlaku sehari selepas polis mengadakan tunjuk perasan berikutan peningkatan keganasan terhadap anggota keselamatan.

Ia berlaku kira-kira jam 13:00 waktu tempatan (11:00 GMT; 12:00 BST) di depan bangunan.

Perdana Menteri Perancis Edouard Philippe dan Menteri Dalam Negeri, Christophe Castaner berada di tempat kejadian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast