Penduduk Christchurch melatakan bunga di hadapan Masjid Al-Noor di Christchurch selepas serangan bersenjata api seorang warga Austrilia terahadap jemaah masjid tersebut sebelum solat Jumaat pada tahun 2019.

Melbourne – Lelaki yang didakwa membunuh 51 orang di dua buah masjid di New Zealand pada Mac lalu telah menarik balik permohonan untuk memindahkan perbicaraannya dilpindahkan dari Christchurch, bandaraya di mana serangan itu dilakukan, lapor media New Zealand.

Keputusan tersebut diumumkan di Mahkamah Tinggi di Christchurch hari ini yang mana lelaki warga Australia itu, Brenton Tarrant, tampil menerusi video yang disiarkan dari penjara yang dikawal ketat di bandar terbesar New Zealand, Auckland, lapor Reuters.

Peguam bela, Shane Tait menarik balik permohonan untuk memindahkan tempat perbicaraan yang akhirnya menjadi prosiding yang singkat, kata laman sesawang Stuff.co.nz.

Pada Jun lalu, Tarrant tidak mengaku bersalah terhadap 92 dakwaan yang dikenakan ke atasnya, termasuk membunuh dan melakukan keganasan.

Beliau yang bersenjatakan rifal semi automatik menyerang jemaah masjid sebelum solat Jumaat di Christchurch pada 15 Mac lalu. Penyerang itu menyiarkan serangan yang dilakukannya itu secara langsung menerusi laman Facebook.

Tarrant akan dibicarakan pada Jun 2020. Perbiacraan itu dijadualkan pada Mei tetapi ditunda bagi mengelakkan ia berlangsung pada bulan Ramadan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast