Pesawat kargo Antonov-12. Foto Agensi

KIEV – Empat anak kapal  terbunuh selepas sebuah pesawat kargo Antonov-12 milik Ukraine membuat pendaratan kecemasan 1.5 kilometer dari lapangan terbang Lviv.

Pesawat itu telah dilaporkan hilang dari radar di barat Ukraine awal hari hari ini.

Pesawat empat enjin itu hilang dari radar pada jam 7.10 pagi waktu tempatan (0410 GMT) ketika berada 13.7 kilometer (km) dari lapangan terbang, kata perkhidmatan kecemasan Ukraine.

Bagaimanapun, pada pukul 07.29, seorang anggota krew memaklumkan dan melaporkan bahawa pesawat itu telah membuat pendaratan kecemasan.

Pesawat itu dijumpai kira-kira 1.5 kilometer dari lapangan terbang.

“Tiada kebakaran berlaku. Krew dibawa keluar dari pesawat yang rosak,” kata perkhidmatan tanpa memberi perincian tentang kejadian itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast