SEOUL – Akhbar rasmi Korea Utara berkata ujian pelancaran peluru berpandu balistik kapal selam (SLBM) merupakan ‘kenyataan maut’ kepada musuhnya dengan menyifatkan senjata itu sebagai ‘bom jangka’ dan ‘kerambit paling ditakuti’ oleh mereka.

Semalam Korea Utara mendakwa ujian pelancaran SLBM Pukguksong-3 sebagai satu kejayaan dan menambah ia ‘disusuli fasa baharu dalam membendung ancaman kuasa luar’ kepada negara komunis itu.

Ia merupakan ujian senjata Korea Utara ke-11 pada tahun ini dan ujian pertama SLBM sejak Ogos 2016. Ia juga dilakukan sebelum rundingan nuklear dengan Washington disambung pada hujung minggu ini, yang dilihat disasarkan meningkatkan kuasa rundingannya.

“Pukguksong bukannya satu pertunjukan senjata konvensional kami tetapi kenyataan tegas kepada penduduk Korea (Utara) dan kenyataan maut kepada tindak balas ganas terhadap perubahan aliran sejarah di sekeliling,” kata Rodong Sinmun, seperti dipetik agensi berita, Yonhap.

“Pukguksong kini melihat kepada tentera musuh yang kini menunggu dalam gua yang gelap. Ia adalah bom jangka yang tergantung di belakang mereka dan merupakan pisau paling ditakuti yang akan memusnahkan semua musuh,” tambah akhbar itu.

Program SLBM Korea Utara dianggap sebagai salah satu ancaman terbesar Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya kerana ia boleh memanjangkan jarak peluru berpandu nuklear Korea Utara dan peluru berpandu seumpama itu sukar dikesan sebelum ia muncul di permukaan air.

Presiden AS, Donald Trump tidak begitu mengendahkan ujian senjata Korea Utara sebelum ini yang membabitkan peluru berpanju jarak dekat dengan bekata pemimpin negara itu, Kim Jong-un tidak memungkiri janji untuk tidak melakukan ujian senjata dan peluru berpandu jarak jauh. Trump tidak membuat sebarang ulasa berhubung ujian SLBM terbaharu itu.

Korea Utara dan AS dijangka menyambung perbincangan nuklear  peringkat rundingan pada Sabtu ini selepas perbincangannya menemui jalan buntu sejak petemuan Trump dan Kim pada Fabruari lepas. Kedua-dua pihak mungkin mengadakan hubungan awal untuk perbincangan itu hari ini di Stockholm. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast