TERKINI : IRC Boleh Saya Dedahkan “Kalau Ada Yang Mahu Saya Popular” – Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia mendedahkan laporan Jawatankuasa Reformasi Institusi (IRC) kepada umum jika ada pihak yang mahu beliau menjadi popular.

Bagaimanapun Perdana Menteri berkata, beliau bukanlah ejen bebas, sebaliknya perlu mengambil kira pandangan lima parti komponen dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Jelas beliau, kesemua parti itu memiliki agenda masing-masing.

“Sebagai pemimpin yang mengamalkan demokrasi, saya perlu mendapat konsultansi lima parti itu. “Tapi kalau ada yang mahu saya popular, saya boleh dedahkan,” katanya.