TERKINI : “Rakyat Tolak 6% GST” Hormati Mandat Rakyat – Lim Guan Eng

PUTRAJAYA – Sebarang keputusan mengenai pelaksanaan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) perlu diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Sementara menantikan keputusan dibuat, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, semua pihak perlu menghormati mandat yang telah diberikan rakyat kepada kerajaan PH semasa pilihan raya umum ke-13 lalu.