Enam ekor gajah ditemui mati di kawasan air terjun Taman Negara Khao Yai, Thailand. foto Agensi

BANGKOK – Enam ekor gajah maut selepas cuba menyelamatkan antara satu sama lain terjatuh dari air terjun Taman Negara Khao Yai.

Insiden itu berlaku selepas seekor anak gajah tergelincir di air terjun itu.

Kejadian seumpama itu pernah berlaku di air terjun sama yang digelar ‘air terjun neraka’ oleh penduduk setempat.

Kejadian yang berlaku pada tahun 1992 menyebabkan kematian lapan ekor gajah.

 

Salah seekor gajah sedang membantu gajah yang terjatuh di air terjun Taman Negara Khao Yai, Thailand. foto Agensi

Jabatan Konservasi, Hidupan Liar dan Taman Negara berkata, pihaknya menerima panggilan dan tiba di kawasan tersebut pada jam 3 petang apabila kumpulan gajah didakwa menghalang lalu lintas.

Tiga jam kemudian, bangkai gajah berusia tiga tahun ditemui di pangkalan Haew Narok manakala lima lagi turut mati.

Manakala dua ekor gajah yang masih hidup dikesan berada di pinggir air terjun dan pihak berkuasa Thailand cuba memindahkan haiwan tersebut.

Edwin Wiek, pengasas Wildlife Friends Fo berkata, mana-mana gajah yang ditinggalkan dalam kawanan akan mengalami kesukaran untuk hidup kerana haiwan ini bergantung antara  satu sama lain untuk perlindungan dan mencari makanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast