Babak permainan yang dirakam jurugambar amatur pada aksi perlawanan Bundesliga antara Hoffenheim dan Munich yang berlangsung malam tadi

BERLIN – Kegembiraan Bayern Munich selepas lima hari menunjukkan taring membelasah Tottenham 7-2 dalam aksi Liga Juara-Juara pada Selasa lalu tidak kekal lama apabila pasukan itu berjaya dijinakkan Hoffenheim dalam perlawanan Bundesliga, malam tadi.

Pemain Hoffenheim, Sargis Adamyan menjaringkan dua gol sulung hingga mengejutkan Munich sebagai tuan rumah dengan mata akhir 2-1, lantasĀ  memberikan kemenangan pertama buat pasukan berkenaan di Munich.

Penyerang Armenia berusia 26 tahun itu menjaringkan gol pada setiap babak manakala Robert Lewandowski menemui gawang buat Bayern yang kembali ke realiti.

Robert Lewandowski menyamakan kedudukan di Allianz Arena untuk jaringan ke-11 dalam aksi Bundesliga musim ini tetapi Adamyan mengesahkan kemenangan mengejut Hoffenheim dengan jaringan kedua sepuluh minit sebelum tamat perlawanan.

Kekalahan dalam aksi liga di tempat sendiri itu yang pertama dialami Bayern dalam tempoh setahun.

Bayern masih kekal pendahulu Bundesliga berdasarkan kelebihan jaringan dengan Leipzig, Leverkusen dan Freiburg masing-masing memiliki 14 mata.

Keputusan Perlawanan Liga Jerman (Bundesliga)

Bayern Munich 1 – 2 Hoffenheim

Bayer Leverkusen 1 – 1 RB Leipzig

Freiburg 2 – 2 Borussia Dortmund

Paderborn 1 – 2 Mainz

Schalke 1 – 1 Koln

– MalaysiaGazette