Gambar hiasan

BOGOTA – Saluran paip minyak mentah Trasandino rosak selepas diserang, kata Ecopetrol.

Serangan di wilayah Putumayo itu menyebabkan minyak mentah tumpah di Sungai Guamues.

Ia merupakan serangan ke-19 tahun ini di Trasandino.

Meskipun Ecopetrol tidak menamakan kumpulan yang menyerang, pemberontak berhaluan kiri Tentera Pembebasan Kebangsaan yang dikenalpasti sebagai pertubuhan pengganas oleh Kesatuan Eropah, selalunya bertindak mengebom infrastruktur. – MalaysiaGazette