Satu kajian mengenai subsidi minyak yang akan disalurkan kepada golongan isi rumah bulanan bagi kumpulan terendah 40% (B40) mendapati ada antara golongan itu yang mempunyai enam buah kenderaan.

Justeru itu, menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, subsidi bersasar itu perlu dilaksanakan bagi memastikan golongan sasaran dalam B40 sahaja yang mendapat peruntukan subsidi berkenaan.