Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Adalah sesuatu yang malang apabila syarikat Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB) yang menghentikan operasinya hari ini.

Bagaimanapun, menurut Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, parti itu menghormati segala keputusan pengurusan syarikat akhbar itu yang tidak memihak kepada pekerja surat khabar itu.

“Ia sesuatu yang agak malang kerana Utusan Malaysia ini dia wujudnya sebelum merdeka lagi dan dia adalah satu media bersama beberapa akhbar lain yang memainkan peranan termasuk dalam gerakan membangkitkan nasionalisme dan menuntut kemerdekaan.

“Kita kena hormat kalau pemegang saham atau ahli lembaga pengarah buat keputusan kita kena hormat keputusan mereka. Ada dua isu, satu sentimen satu lagi realiti,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Justeru itu, Annuar berkata UMNO tidak boleh masuk campur dalam urusan pentadbiran dan pengurusan syarikat akhbar terbabit selepas pegangan saham dalam Utusan Melayu dilepaskan.

“Itu keputusan perniagaan, parti tidak perlu campur,” katanya lagi.

Utusan hari ini menghentikan operasinya selepas berdepan dengan pelbagai masalah kewangan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast