Mohamad Sabu.

KUALA LUMPUR – Mohamad Sabu menganggap kenyataan Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr. Syed Husin Ali yang berkata beberapa pemimpin politik senior dalam kabinet sudah ‘dibonsaikan’ oleh Perdana Menteri sebagai pandangan peribadi beliau.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu bagaimanapun tetap menghormati Syed Husin sebagai veteran politik dalam Pakatan Harapan (PH).

“Itu pandangan Syed Husin, jadi saya hormat pandangan beliau.

“Saya hormat pandangan orang veteran seperti itu. Saya tidak ada komen apa, itu pandangan peribadi,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Penghujung bulan lalu, bekas Timbalan Presiden PKR itu mengecam pemimpin PH dan mendakwa mereka tidak mampu membantah arahan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Memetik laporan Malaysiakini, Syed Husin berkata, Majlis Presiden Pakatan Harapan mempunyai kuasa tertinggi dalam parti gabungan tersebut dan boleh menentukan bila perdana menteri yang ketujuh tersebut perlu serahkan jawatannya. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.