TERKINI : “KES ADIB” Polis Akan Siar “Gambar 56 Individu” Belum Tampil Beri Keterangan

KUALA LUMPUR – Majoriti daripada 66 individu saksi belum tampil membantu siasatan polis dalam kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Huzir Mohamed berkata, setakat ini, hanya 10 individu dalam kalangan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tampil memberi keterangan.