KUALA LUMPUR – Adalah sesuatu yang malang apabila syarikat Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB) yang menghentikan operasinya hari ini.
Bagaimanapun, menurut Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, parti itu menghormati segala keputusan pengurusan syarikat akhbar itu yang tidak memihak kepada pekerja surat khabar itu.
“Ia sesuatu yang agak malang kerana Utusan Malaysia ini dia wujudnya sebelum merdeka lagi dan dia adalah satu media bersama beberapa akhbar lain yang memainkan peranan termasuk dalam gerakan membangkitkan nasionalisme dan menuntut kemerdekaan.