TERKINI : Saya Tak Pernah “Sebut Barua” Depan Mat Sabu dan Mahathir – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan untuk kesekian kalinya, beliau tidak akan merendah-rendahkan mana-mana pemimpin Pakatan Harapan (PH) dengan panggilan ‘barua’, lebih-lebih lagi di hadapan perdana menteri dan Kabinetnya.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, beliau hanya menyebut perkataan maruah dan bukannya barua sepertimana yang ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, Ahad lalu.

“Ada permintaan ekstremis, saya tidak merujuk kepada kongres, saya mempunyai beberapa kontroversi yang saya katakan maruah, mereka katakan barua.

“Saya tak pernah kata perkara itu (barua) di hadapan Mohamad Sabu dan Perdana Menteri Dr Mahathir.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.