WASHINGTON – Kekhuatiran meningkat dalam kalangan pegawai Ameika Syarikat (AS) bahawa beribu-ribu pejuang ISIS mungkin terlepas dari penjara di Syria ketika pengawal Kurdish yang mengawal mereka bertempur dengan Turki yang melancarkan serangan ketenteraan di timur laut Syria semalam.

Serangan Turki telah memberi ‘kesan kerosakan’ kepada operasi menentang ISIS yang dilakukan AS yang telah ‘berhenti’, kata seorang pegawai pertahanan kanan AS kepada CNN.
Serangan Turki, kata pegawai itu, ‘mencabar keupayaan kami untuk mewujudkan angkatan keselamatan tempatan, melakukan operasi yang stabil dan keupayaan Tentera Demokratik Syria (SDF) mengawal 11,000 pejuang ISIS yang berbahaya’.
Ditanya mengenai ancaman banduan ISIS yang melarikan diri, Presiden Donald Trump mendakwa terdapat beberapa banduan ISIS yang berbahaya telah dipindahkan, ‘menempatkan mereka di kawasan lain yang lebih selamat’.
Beliau menafikan ancaman keseluruhan dengan menjawab: “Mereka akan terlepas ke Eropah,”.
Para pegawai AS telah lama memberi amaran tentang kemusnahan penjara ‘pop-up’ yang menempatkan 11,000 hingga 12,000 pejuang ISIS yang ditawan di medan peperangan, yang mana 2,000 orang adalah warga asing yang bukan berasal dari Iraq atau Syria.
Hanya beberapa ratus banduan berasal dari Eropah.
Pagawai yang sama turut memberi penekanan terhadap keselamatan di kemudahan itu menimbulkan persoalan dan ‘kekhuatiran besar’ ketika pegawai SDF menuju ke mendan pertempuran.
“SDF akan fokus kepada peperangan. Kekhuatirannya ialah mereka meninggalkan pos kawalan,” kata seorang pegawaaaai Kongres yang hadir taklimat sulir yang disampaikan para pegawai keselamatan AS mengenai kemudahan pusat tahanan.
“Ia berada dalam keadaan yang teruk,”.
Beratus-ratus banduan ISIS tertus ditahan di penjara yang terletak berhampiran sempadan Turki, menurut para pegawai pertahanan AS. – Agensi