Erra Fazira.

KUALA LUMPUR – Nasib yang menimpa para petugas Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB) yang menutup operasinya sejak semalam turut dirasai oleh selebriti, Erra Fazira.

Selebriti itu berkata, jasa akhbar dan majalah keluaran UMMB sepanjang penglibatannya dalam dunia seni amat besar dan bermakna.

Malah pelakon jelita itu tidak dapat membayangkan nasibnya sekiranya media termasuk Utusan Malaysia tidak mempromosi dirinya.

Beliau berkata demikian dalam video di media sosialnya semalam.

Menurut Erra, akhbar seperti Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo! dan majalah seperti URTV dan Mangga berjasa besar terhadapnya dan rakan-rakan artis lain.

Beliau juga sedih mengenangkan untung nasib rakan-rakan wartawan yang banyak dikenalinya sejak bergelar anak seni.

Justeru, Erra berdoa dan berharap kesemua mereka dapat bersabar dan menempuh cabaran hidup dan percaya akan mendapat sumber rezeki yang lebih baik selepas ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast