Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

KUALA LUMPUR – Jika seseorang yang membuat ucapan terbuka menyokong al-Qaedah atau IS akan ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh pihak berkuasa, maka mereka yang yang melakukan perkara yang sama terhadap Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) juga perlu dlkenakan tindakan yang sama.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, pemimpin-pemimpin DAP yang sekarang dengan terbuka menyatakan sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE juga perlu didakwa dan ditangkap.

“Betapa bahayanya negara jika ada pemimpin politik yang berjawatan terlibat dengan sokongan kepada kumpulan pengganas dan usaha pertumpahan darah,” katanya dalam hantara Facebook hari ini.

Polis hari ini polis menahan tujuh suspek, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek yang juga Exco kerajaan negeri Melaka, G. Saminathan dan ADUN Seremban Jaya, P. Gunasekaren, kerana disyaki terlibat aktiviti mempromosi, menyokong, menghasut, menggalak dan mencari dana untuk kumpulan pengganas LTTE.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antikeganasan Cawangan Khas Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ADUN Seremban Jaya telah menghadiri program Hari Perwira LTTE di Melaka dan menyampaikan ucapan sokongan kepada LTTE pada 28 November lalu selain turut dikesan mengedar risalah dan item item berkaitan LTTE.

Katanya, ADUN Melaka pula didapati melakukan perkara yang  hampir sama seperti Gunasekaran pada program sama dan menyampaikam ucapan menyokong kumpulan itu selain mengedar item berkaitan kumpulan keganasan itu.

Menurut Dr. Mohd. Asri, beliau percaya jika situasi itu berterusan majoriti rakyat Malaysia akan melihat DAP bukan sahaja menjadi ancaman terhadap perlembagaan negara ini tetapi juga  bahkan mengancam terhadap keselamatan negara.

“Barah yang makin hari makin terserlah,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.