KUALA LUMPUR- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) telah membeli sebanyak 55 unit Perodua Aruz AV.
Iacsekali gus menandakan kemasukan pertama model tersebut ke dalam sektor kerajaan sertac pembelian fleet pertama bagi model tersebut.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berterima kasih kepada KPDNHEP kerana memilih kenderaan Perodua untuk kegunaan kementerian.
Tambahnya, dengan penjualan melebihi 23,000 unit manakala tempahan pula melebihi 33,000 unit sejak pelancarannya pada Januari lalu, Perodua Aruz merupakan SUV tujuh tempat duduk yang menawarkan nilai terbaik di pasaran di samping merekodkan SUV terlaris di Malaysia setakat tahun ini.
“Kami difahamkan tugasan para pegawai penguat kuasa KPDNHEP sering melibatkan perjalanan yang jauh.
“Perodua Aruz adalah kenderaan yang lasak, boleh dipercayai, luas, praktikal, mudah dipandu dan mempunyai pelbagai konfigurasi tempat duduk.
“Tidak lupa juga kemudahan seperti pembaca kad tol dan kamera perakam yang terbina dalam, HDMI, Smart Link, Bluetooth dan sistem navigasi.
“Dengan sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0, enam beg udara dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Perodua Aruz diberi penarafan keselamatan tertinggi lima bintang oleh ASEAN NCAP.
“Ia juga merupakan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang dinilai sebagai paling cekap penggunaan bahan api dalam kelasnya dengan 15.6 km/l, menyumbang kepada kos pemilikan yang rendah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Upacara penyerahan diadakan hari ini di ibu pejabat Kementerian di Putrajaya di mana Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Muez Abdul Aziz menyerahkan kunci replika secara simbolik kepada Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman.-MalaysiaGazette
















