BAJET2020 : Terima Kasih “Menteri Kewangan dan Kerajaan PH” – Shafie Apdal

KUALA LUMPUR – Peruntukan RM53.4 juta untuk Sabah tidak besar, namun Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal bersyukur dengan jumlah peruntukan khas yang diumumkan hari ini.

Selain itu katanya, peruntukan RM5.2 bilion perbelanjaan pembangunan tahun depan sememangnya perlu untuk infrastruktur.

“Sabah merupakan negeri yang besar, ketiga populasi terbesar di Malaysia dan kedua terbesar dari segi saiz.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan Pusat kerana beri 17 peratus daripada jumlah bajet pembangunan yang ada, sekurang-kurangnya nya boleh membantu kita walaupun jumlah tak besar,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.