Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media sempena Pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 11 OKTOBER 2019.

KUALA LUMPUR – Majoriti wakil rakyat parti pembangkang hari ini mencuri tumpuan apabila hadir pada pembentangan Belanjawan 2020 di Parlimen dengan memakai baju bewarna  putih.

Ketika ditanya oleh wartawan adakah tindakan untuk mempunyai sebab tertentu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjawab, keseragaman mereka adalah kebetulan.

“Tidak ada sebab lain, Pas pakai putih, kami (UMNO) pakai putih hanya kebetulan,” katanya kepada pemberita sebelum pembentangkan Belanjawan 2020.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersama ahli parlimen Pas yang lain hadir pada sidang media sempena Pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 11 OKTOBER 2019.

Pembentangan ini merupakan kali kedua oleh Pakatan Harapan sejak memenangi Pilihan Raya Umum ke-14. – MalaysiaGazette