Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama negeri Azman Nasrudin berkata ketika ini, rakyat di negeri ini lebih suka menggunakan kenderaan persendirian berikutan pengangkutan awam yang ditawarkan di Kedah tidak efisien.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Hasil Kerajaan Persekutuan dijangka mencatatkan RM244.5 bilion atau 15.2% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2020.

Kutipan hasil cukai adalah lebih tinggi iaitu RM189.9 bilion manakala hasil bukan cukai RM54.6 bilion.

Menurut Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan, perbelanjaan diunjur sebanyak RM297 bilion atau 18.4% daripada KDNK dengan perbelanjaan operasi RM241 bilion dan perbelanjaan pembangunan RM56 bilion.

Manakala defisit fiskal pada tahun 2020 dijangka meningkat sedikit kepada 3.2% daripada KDNK berbanding sasaran awal 3% seperti yang diumum dalam Belanjawan 2019 namun masih kekal pada landasan konsolidasi fiskal.

Peningkatan ini disebabkan oleh keputusan strategik kerajaan bagi mengukuhkan aktiviti ekonomi domestik sebagai langkah segera untuk menyokong dan mengekalkan momentum pertumbuhan berikutan unjuran pertumbuhan ekonomi global lebih perlahan.

Sehubungan itu, kerajaan memperuntukan suntikan tambahan 0.2% daripada KDNK melalui perbelanjaan pembangunan untuk merancakkan semula pelaburan awam melalui pembentukan modal bagi mengukuhkan potensi ekonomi jangka panjang.

Peruntukan ini akan digunakan untuk mempercepatkan projek pengangkutan dan perhubungan berimpak tinggi seperti pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, Transit Aliran Ringan Massa Laluan 2 dan Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, selain projek berskala kecil .

Projek-projek itu seperti menaik taraf sekolah daif, klinik, loji rawatan air dan pembentungan dan kemudahan infrastruktur jalur lebar di pinggir bandar yang dijangka memberi kesan berganda kepada ekonomi. – MalaysiaGazette