taska
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes (tengah) melihat gelagat kanak-kanak semasa melawat Taska Krista@RedQ AirAsia pada Majlis Pelancaran Pusat Jagaan Kanak-kanak di Ibu Pejabat AirAsia RedQ, Sepang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 08 SEPTEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Kerajaan menaikkan pelepasan cukai individu bagi yuran yang dibayar untuk ibu bapa yang menghantar anak untuk pendidikan awal ke Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) berdaftar kepada RM2,000 berbanding RM1,000.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, di bawah Belanjawan 2020, kerajaan juga akan meningkatkan peruntukan kepada RM30 juta untuk menyediakan lebih banyak lagi TASKA terutamanya di hospital dan sekolah. – MalaysiaGazette